Friday 19 April 2013

Ruang Dimensi 3D

Ruang Tiga Dimensi adalah model geometri tiga parameter bagi fizikal universal (tanpa mengambil kira masa) dalam ruang lingkup di mana kita wujud. Tiga dimensi ini dilabelkan sebagai gabungan di antara panjang, lebar, tinggi, kedalaman dan unjuran (length, width, height, depth, and breadth). Setiap arah boleh dipilih dengan kesediaan ia tidak berada pada dataran (plane) yang sama. Dimensi ini diperjelaskan dalam sistem koordinat iaitu analytic geometry (dikenali juga Cartesian geometry).
     
Sistem Koordinat
Tiga paksi koordinat yang biasa dilabelkan sebagai x, y, dan z yang mewakili panjang atau kedalaman, lebar dan tinggi.

Coord_planes_color.svg(SVG file, nominally 661 × 553 pixels, file size: 4 KB)
 
Rujukan: Wikipedia, the free encyclopedia

Tuesday 2 April 2013

Adakah anda ingin menjadi artis animasi yang profesional?

Adakah anda ingin menjadi artis animasi yang profesional? Jika ya, anda sedang melayari laman yang boleh membantu anda mengembara meneruskan cita-cita itu. Pengembaraan ini adalah satu perjalanan panjang menagih komitmen penuh dan minat yang mendalam. Permulaan perjalanan ini harus dimulai dengan pemilihan instruksi yang betul bagi menyokong aktiviti pembelajaran anda. Langkah ini harus disertai dengan penguasaan pengetahuan asas berkaitan bidang lukisan figura dan anatomi manusia. Justeru, selidiki dan imbas semula kotak minda anda tentang lukisan figura dan anatomi manusia yang mungkin telah dipelajari sebelum ini atau mulakan mencari maklumat dari internet dan buku-buku di perpustakaan kolej. Buku-buku subjek Sains ketika hendak menduduki ujian PMR atau subjek Biologi bagi yang mengambil jurusan Sains Tulen untuk menghadapi SPM. Mungkin ini membawa anda mengingati kembali cita-cita di peringkat umur awal remaja. Jika hala tuju cita-cita anda sekarang tidak memenuhi hasrat asal anda, yakinlah bahawa kerjaya sebagai artis atau juruanimasi adalah satu kerjaya yang menarik, mencabar serta menguntungkan.